every cloud has a silver lining
Maklumat Sekolah
Saturday, 19 July 2014 | 06:11 | 0 comments

Tentang Smkam

SEJARAH

Mengikut surat JPM/PPM Pembangunan/02490/52(63), sekolah ini telah dirancang pembinaanya di kawasan Pekan Ayer Molek. Malangnya permohonan Jabatan Pelajaran Melaka untuk memiliki sebidang tanah di situ gagal. Oleh itu bangunan sekolah ini dibina di KM 11, Jalan Bukit Lintang, Melaka dengan mengekalkan namanya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MOLEK, MELAKA.

Sekolah ini dibuka pada 4 Januari 1982. Oleh kerana bangunannya masih belum sempurna untuk menumpang belajar pada sebelah petang di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek sehingga 3 Mei 1982.Sekolah ini menempatkan murid-murid lepasan SK Bukit Lintang, SK Paya Dalam, SK Paya Redan, SK Ayer Molek, SK Bendahara Seri Maharaja, SK Tambak Paya, SJK(C) Tiang Dua dan SJK(T) Ladang Bukit Lintang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek ini telah dirasmikan oleh bekas Menteri Pelajaran, YB Saudara Anwar Ibrahim pada 12 Julai 1986. Pada tahun 1999 SMKAM tidak dapat menampung pelajar yang terlalu ramai maka sesi petang telah diwujudkan. Sesi petang beroperasi selama 3 tahun bermula 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2001 yang ditadbir oleh Puan Juariah Binti Yunus selaku Penyelia sesi petang. SMKAM kembali beroperasi satu sesi apabila bangunan baru siap dibina. SMKAM telah mengalami perkembangan yang pesat sejak penubuhannya hinggalah sekarang. Kini SMKAM mempunyai pelajar seramai 1556 orang dengan tenaga pengajar seramai 108 orang dan staf sokongan seramai 19 orang.




PENTADBIRAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek telah diterajui oleh beberapa orang Pengetua sejak penubuhannya. Mereka adalah :

1. Tn. Hj. Sharif Bin Omar 1982 - 1989
2. Tn. Hj. Salim Bin Hj. Tahir 1990 - 1991
3. Tn. Hj. Nasir Bin Jamsari 1991 - 1992
4. Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Abdul 1992 - 1995
5. Tn. Hj. Mazlan Bin Abdullah 1995 - 1999
6. Pn. Mismy Bt Mohamed 1999 - 2003
7. Pn. Hjh. Sharifah Fadhilah Bt Syed Omar Al-Habshi April 2004
8. En. Md Isa Bin Saleh 16.4.04 - 31.5.2007
9. En. Abdul Mutalib Bin Osman 1.6.2007 - 15.4.2008
10. En. Othman Bin Sagap 16.4.08 – 15.3.2009
11. Tn. Hj. Rashid Bin Ab. Hamid 16.3.2009 - Kini


Credits
Layout by MS, and others